Monday, 13 January 2014

Sebenarnya Aku Cinta Dia [Sinopsis]

     Zara Eryna,seorang yang tidak kuat imanya , sombong dan cantik , sangat menggilai Akif Sufyan. Akif Sufyan  telah pun berkahwin dengan Hana Damia, adik Eryna sendiri atas paksaan keluarga . Namun, Eryna tetap tidak berputus asa memburu cinta Akif. Malah ,Eryna amat membenci Damia kerana dia mengganggap Damia sebagai perampas kasih.Dia ingin mengahwini Akif.
           Kerana terlalu mencintai Akif , Eryna sanggup membunuh Damia demi mendapatkannya.Namun,siapa sangka , Eryna amat menyesali perbuatannya terhadap adiknya itu.Dia berasa amat-amat sedih .Hampir setiap hari dia menangis .Tiada siapa yang mengetahui bahawa Eryna telah membunuh Damia kecuali Akif.
          Tetapi , entah kenapa , ini telah membuatkan hati Akif menjadi lembut.Dia berjanji untuk berkahwin dengan Eryna.
         Semenjak berkahwin dengan Akif ,Eryna sedikit demi sedikit  mula berubah menjadi seorang yang baik dan kuat imannya.Dia mula menyedari kesalahannya dan betapa besarnya dosa membunuh.Dia harus bertaubat.
        Apabila bunga cinta semakin mengembar di dalam hati , datang pula dugaan menguji perkahwinan mereka. Dapatkah mereka mempertahankan mahligai cinta mereka yang baru bercambah ?

No comments:

Post a Comment